Dunia ini mengajarkan ada banyak cara ke Syurga. Kebanyakan penduduk di muka bumi ini memilih untuk mengikuti jalan-jalan yang ditawarkan oleh dunia, kerana dunia menawarkan perkara-perkara yang menyedapkan hati manusiawi. Tetapi sebenarnya, semua jalan tersebut membawa kepada kebinasaan.
Hanya Satu Pintu yang benar-benar membawa kepada kehidupan yang abadi, dan Pintu itu sempit. Pintu itu ialah Yesus Kristus.
Seperti mana seseorang gembala mencari domba-dombanya yang hilang, begitu juga Tuhan memanggil umat-Nya yang hilang supaya kembali kepada-Nya. Umat-Nya harus datang Yesus Kristus, kerana Yesuslah Pintu bagi kawanan domba-Nya.
Jika anda tergerak hati untuk datang kepada Bapa, masukilah Pintu itu!